Isnin, 22 Julai 2019

Mee kari


Hai dear readers, dah lamanya tak update.. heheh.. terasa rajin harini so update.. resepi ni time puasa & Raya haritu, ada buat makan-ii sikit, then orang puji sedap siap ada yang nak tempah.. of course la sedap, tengok tangan lah.. haha.. berlagak. K bye.

Bahan-ii :-
1. Mee kuning (Rendam dalam air panas, jangan rendam lama sangat nanti mee mee kembang)
2. Bawang merah **kisar
3. Bawang putih **kisar
4. Udang kering **kisar
5. Halia **kisar
6. Tiga sekawan (Kayu manis, cengkih & bunga lawang)
7. Telur (Tak kesah lah berapa biji yang nak dimakan, rebus ya)
8. Air (secukupnya)
9. Garam (secukupnya)
10. Serbuk perasa (secukupnya)
11. Fishcake
12. Tauhu
13. Isi ketam
14. Udang
15. Sayur sawi
16. Santan
17. Serbuk Kari (Bancuh lah dengan air, kalau Tak nak pon Tak pe)
18. Minyak masak (untuk tumis)
19. Limau purut *Hiasan
20. Cili merah *Hiasan
21. Bawang goreng *Hiasan

Cara-ii :-
1. Panaskan minyak, tumis bahan kisar & tiga sekawan sehingga naik bau.
2.  Masukkan serbuk Kari yang dah dibancuh dengan air, gaul sehingga serbuk Kari tu agak garing ea kalau Tak nak sakit perut.
3. Lepas dah garing tu, boleh lah masukkan fishcake, tauhu, isi ketam, sayur & apa-ii lah yang disuka.
4. Lepastu masukkan santan, air sikit, garam & serbuk perasa secukup rasa.
5. Then kacau-ii lah sampai masak, lepastu hias cantik-ii baru berselera nak telan.

** Gambar bawah Ni hodoh sikit, tapi percayalah, sedapppp..


Khamis, 9 Mei 2019

Kuah lodeh / lontong


Haii.. ini menu puasa hari ke 3.. hihi.. Kita baru nak update.. malas lah nak banyak cite, jom proceed. Ni resepi tak cukup bahan. Hehe.

Bahan-ii :-
1. Bawang merah (1 biji) (kisar)
2. Bawang putih (3 ulas) (kisar)
3. Udang kering (ikut citarasa nak banyak mana) (kisar)
4. Fucuk (rendam pakai air panas)
5. Suun (rendam pakai air panas)
6. Kentang (potong dan rendamkan)
7. Isi ketam (potong dan basuh bersih)
8. Fish cake (potong dan basuh bersih)
9. Santan (1 kotak)
10. Asam keping (2 keping atau ikut citarasa)
11. Garam (secukup rasa)
12. Serbuk perasa (secukup rasa)
13. Air
14. Minyak masak (untuk tumis)
15. Kunyit hidup / serbuk kunyit (kalau takde kunyit hidup)

Cara-ii :-
1. Panaskan minyak masak dan tumis bahan kisar sehingga naik bau.
2. Masukkan fishcake dan isi ketam. (Kalau Ada tempe, sayur kacang, tauhu, boleh masukkan)
3. Masukkan kentang serta air dan kacau.
4. Masukkan santan, fucuk & suun. (Kena jaga kalau dah masukkan santan)
5. Masukkan asam keping, garam dan serbuk perasa secukup rasa.
6. Kuah lodeh is done ! Boleh makan dengan nasi impit dan telur rebus.. ermm dapnyee..

Selamat mencuba !




Telur goreng sambal


Hihi.. Harini tengah free.. so update la selagi boleh.. Ni masakan puasa hari kedua.. Jom proceed..

Bahan-ii :-
1. Telur (ikut la nak makan berapa biji)
2. Cili kisar (bawang merah, cili kering rebus dan sedikit minyak masak) (minyak masak untuk haluskan lagi tekstur dia)
3. Tomato (potong dadu)
4. Bawang merah (potong dadu)
5. Bawang putih (hiris)
6. Minyak masak untuk menumis
7. Sos cili (ikut citarasa)
8. Garam (secukup rasa)
9. Serbuk perasa (secukup rasa)

Cara-ii :-
1. Goreng telur mata (jangan cair sangat tau telur kuning tu, hihi) lepastu susun lah atas pinggan.
2. Panaskan minyak tumis bawang merah dan bawang putih.
3. Setelah naik bau, masukkan cili kisar dan kacau sehingga sedikit garing.
4. Masukkan sos cili, tomato, garam dan serbuk perasa secukup rasa.
5. Dah masak tu boleh lah tuang atas telur yang dah susun atas pinggan tadi, heheh.
6. Telur goreng sambal is done !

Selamat mencuba menu simple ni 💞

Sotong masak lemak cili padi


Hai.. dah lama tak update blog.. heheh.. jom terus masuk resepi..

Bahan-ii :-
1. Sotong (Siang dan bersihkan)
2. Kentang (potong kecil dan rendamkan)
3. Cili padi (ikut tahap kepedasan yang korang nak) (kisar)
4. Bawang merah (1 biji) (kisar)
5. Bawang putih (3 ulas) (kisar)
6. Kunyit hidup / serbuk kunyit (kalau takde kunyit hidup) (kisar)
7. Garam (secukup rasa)
8. Serbuk perasa (secukup rasa)
9. Asam keping (2 keping / ikut citarasa masing-ii)
10. Santan (1 kotak)
11. Air
12. Minyak masak (untuk menumis)

Cara-ii :-
1. Panaskan kuali dan letak minyak masak. Setelah cukup panas tumiskan bahan-ii kisar. (Tumis sehingga naik bau)
2. Masukkan kentang dan air.
3. Setelah mendidih sedikit, masukkan sotong dan dan santan. (Kena jaga ye bila dah masukkan santan)
4. Masukkan asam keping, garam dan serbuk perasa secukup rasa serta tunggu sehingga mendidih.
5. Sotong masak cili padi is done !


Ngee.. nnti sis amik gambar cantik sikit.. maklumlah nak cepat.. heheh..puasa Kan.. Selamat mencuba !

Rabu, 19 September 2018

Sayur campur goreng


Hai.. resepi ni kalau tengah musim malas datang.. malas lah nak taip intro panjang-ii.. dah lah, terus start lah.. hehe..

Bahan-ii :-

1) Sayur kacang **basuh bersih & potong
2) Sayur brokoli hijau **basuh bersih & potong
3) Sayur brokoli putih **basuh bersih & potong
4) Tomato **basuh bersih & potong
5) Bebola ikan **basuh bersih & potong
6) kek ikan **basuh bersih & potong
7) Bawang merah **Hiris
8) Bawang putih **Hiris
9) Garam **Secukup rasa
10) Serbuk perasa **Secukup rasa
11) Minyak masak

Cara-ii :-

1) Panaskan minyak masak dan tumiskan bawang merah serta bawang putih sehingga naik bau.
2) Masukkan Bebola ikan dan kek ikan. Goreng sehingga sedikit garing.
3) Masukkan Sayur kacang, brokoli hijau dan brokoli putih. Goreng sehingga sayur sedikit masak.
4) Masukkan tomato, garam dan serbuk perasa Secukup rasa. Kacau sehingga masak.
5) Siap dan hidangkan.

** Sayur tu boleh je pakai sayur apa-ii ikut sedap tekak

Selasa, 18 September 2018

Asam pedas ikan pari

Hai guys, arini xdok kejo doh dekat ofis.. tu yang dok melangok Jo.. update lah blog.. apa lagi.. en en..

Bahan-ii :-
1. Ikan pari **siang, cuci bersih pakai garam & asam jawa untuk hilangkan bau hanyir ikan tu.
2. Daun Kari **cuci bersih buang batang
3. Daun limau purut **cuci bersih
4. Air asam jawa **secukup rasa lah ea, agak-ii je
5. Cili kisar **rebus cili kering & blend bersama bawang merah serta sedikit minyak masak untuk hancurkan biji cili tu, ni petua orang tua-ii bukan saya.. haha
6. Minyak masak **sikit je
7. 2 ulas bawang putih **ketuk je
8. Garam **secukup rasa
9. Serbuk perasa **secukup rasa
10. Jintan putih **tumbuk je guna batu lesung sampai hancur sikit, ni pon petua orang tua-ii untuk hilangkan bau hanyir ikan tu.

Cara-ii :-
1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih yang telah diketuk, daun kari, jintan putih yang telah ditumbuk dan cili kisar.Tumis sampai pecah minyak.
2. Masukkan air asam jawa. Kacau. Biarkan mendidih sedikit.
3. Masukkan ikan pari.
4. Masukkan daun limau purut.
5. Masukkan garam dan serbuk perasa secukup rasa.
6. Asam pedas ikan pari is done! Ceyhh.. hidangkan lah.

** Kalau ada bendi ke terung ke.. boleh masukkan, lagi sedap..


Ketam masak butter




Assalamualaikum & hi guys,
Ceyhh acah2 mat saleh giteww.. dah lama tak update blog.. busy lah sgt **sambil julingkan mata ke atas..
Sebenarnya masak ni dah lama dah.. pakai campak-ii je.. ehh kalau ada telur masin lagi dap.. ermm.. time ni ada telur tak masin je.. okeyhh lahh... Jom Mula..

Bahan-ii :-
1. Daun Kari **basuh bersih2, buang tangkai
(Tak kesah lah nak letak berapa banyak, jangan banyak sangat karang ketam x nampak pulak)
2. Cili hijau/merah **hiris
(Suka hati lah nak warna apa pon janji cili)
3. Cili padi **hiris
(Ikut Suka la nak banyak mana pon)
4. Bawang merah ** potong dadu
5. Bawang putih ** potong dadu
6. 1 tin Susu cair
7. Butter (Suka hati lah, xde sukatan Pon.. agak2 je..)
8. Ketam ** basuh bersih & kerat dua
(Ni kalau xde, xpayah lah masak)
9. Garam ** secukup rasa
10. Serbuk perasa ** secukup rasa

Cara-ii :-
1. Panaskan kuali, campakkan butter (campak ye, biar terpercik.. hahaha).. oke.. letak baik-ii lah butter tu dalam kuali..
2. Tumiskan bawang merah, bawang putih, cili hijau/merah & cili padi serta daun kari. Tumis sehingga bawang naik bau ye.
3. Tuangkan 1 tin Susu cair, kacau dan biar sehingga sedikit mendidih. (Kalau nak tambah air tambah air ye, tapi I tak nak tambah air)
4. Masukkan ketam, gaulkan sehingga ketam masak. (Macamana nak tau dia dah masak? Bila warna ketam tu dah jadi merah)
5. Masukkan garam Dan serbuk perasa secukup rasa. Pastikan sentiasa gaul, Kang hangus pulak.
6. Oke dah siap, hidangkan lah apa lagi.
 **comel Kan Mr.Krab ni.. kalau dah masak dia warna merah.. maknanya yang dalam SpongeBob tu.. Mr.Krab dah kena masak.. kah kah..**

Khamis, 17 Mei 2018

Siakap kukus

 Ni pon masak untuk berbuka hari first puasa 😅
Bahan-ii :-
1. Ikan siakap
2. Lemon / limau nipis
3. Tomato (potong lah ikut macamana nak potong asalkan comel)
4. Bawang merah (potong dadu)
5. Garam (secukup rasa)
6. Serbuk perasa (secukup rasa)
7. Sos tiram / Sos Seafood
8. Bahan kisar (Halia, bawang merah & Bawang putih)

Cara-ii :-
1. Cuci bersih ikan.
2. Sumbatkan bahan kisar & sos tiram /  sos seafood dalam perut ikan.
3. Ratakan ikan dengan garam dan serbuk perasa.
4. Perah lemon / limau nipis atas ikan.
5. Taburkan tomato dan bawang merah atas ikan.
6. Hiris lemon dan letakkan atas ikan.
7. Perap ikan selama 15-20 minit atau ikut nak lama mana.
8. Kukus ikan selama 20-30minit atau sehingga ikan masak.
9. Siap dan hidangkan.


Siakap 3 Rasa





Hai dear readers..
Macamana puasa? Ok x?
Ok2 je la kan..
Saje nak share resepi berbuka masa hari first puasa 😁😁

Bahan-ii untuk ikan :
1. Ikan
2. Tepung jagung (cukup2 lah untuk salut ikan tu)
3. Garam (secukup rasa)

Bahan-ii untuk kuah :
1. Sos cili
2. Sos tiram / Sos seafood
3. Sos tomato
4. Tomato (potong dadu)
5. Bawang merah (potong dadu)
6. Cili kisar (cili kering (rebus), bawang merah & sedikit minyak masak)
7. Bahan kisar (bawang merah, bawang putih & halia)
8. Air Asam jawa (sebenarnya pakai limau nipis tapi masa ni xde limau nipis kat rumah so gantikan je la dengan apa yang ada 😂)
9. Garam (secukup rasa)
10. Serbuk perasa (secukup rasa) **kalau nak

Cara-ii :-
1. Cuci bersih ikan dan ratakan garam serta tepung jagung pada ikan. Panaskan minyak. Goreng garing dan ketepikan.
2. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan kisar,  cili kisar dan bawang merah sehingga garing.
3. Masukkan sos cili, sos tomato, sos seafood dan tomato. Kacau.
4. Masukkan air asam jawa / air limau nipis (ikut la citarasa nak banyak mana)
5. Masukkan garam dan serbuk perasa secukup rasa.Biarkan mendidih sebentar.
6. Tuangkan atas ikan tadi. Siap dan hidangkan.

Letak lah decoration kalau nak.
Sis x letak nenas & timun 😂😂



Ahad, 25 Februari 2018

Ayam goreng butter


Hi dear reader,
Oke ni ayam goreng butter.. dap2 ghasenye..

Bahan-ii :-
1. Ayam (Buang tulang, potong kecil2, basuh bersih dan toskan)
2. Bawang merah (hiris boleh potong dadu pon boleh suka hati)
3. Daun kari (xyah la nak banyak sangat)
4. Susu cair (setengah tin)
5. Butter (ni paling penting, jangan banyak sangat,agak2 je)
6. Tepung jagung (satu bancuh dengan air untuk bagi kuah pekat sikit, satu lagi nak buat goreng ayam** sebab time ni tepung goreng ayam xde.. hahah)
6. Garam (secukup rasa)
7. Serbuk perasa (kalau nak)
8. Telur (satu biji dah cukup, nak buat salut ayam dengan tepung jagung je)

Cara-ii :-
1. Salut ayam yang dah dicuci tadi dengan telur lepastu golekkan atas tepung jagung. Ratakan dan goreng garing.
2. Panaskan kuali, masukkan butter kemudian tumis bawang merah dan daun kari sampai naik bau. (nak masukkan cili hidup/padi pon bole)
3. Masukkan setengah tin susu cair dan bancuhan air tepung jagung, kacau.
4. Kacau sehingga sedikit pekat, masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan gaulkan.
5. Masukkan garam dan serbuk perasa (kalau nak) secukup rasa.
6. Siap dan hidangkan.

Khamis, 15 Februari 2018

Bergedil

Bahan-ii :-
1. Kentang (potong2 lah ea,lepastu rebus campur garam sikit dan lenyekkan)
2. Bawang merah (potong dadu)
3. Daun bawang (hiris)
4. Daun sup (hiris)
5. Serbuk kari (bergantung cita rasa)
6. Garam (secukup rasa)
7. Ayam/daging **pastikan ayam atau daging direbus dahulu. (kalau nak masukkan la)
8. Beberapa biji telur

Cara-ii :-
1. Campur kan semua bahan2 kecuali telur dan gaulkan.
2. Bentukkan bergedil cantik-cantik.
3. Pukul telur dan panaskan minyak.
4. Amik bergedil yang telah dibentukkan, celup dalam telur tadi dan goreng garing.
5. Siap dan hidangkan.