Ahad, 25 Februari 2018

Ayam goreng butter


Hi dear reader,
Oke ni ayam goreng butter.. dap2 ghasenye..

Bahan-ii :-
1. Ayam (Buang tulang, potong kecil2, basuh bersih dan toskan)
2. Bawang merah (hiris boleh potong dadu pon boleh suka hati)
3. Daun kari (xyah la nak banyak sangat)
4. Susu cair (setengah tin)
5. Butter (ni paling penting, jangan banyak sangat,agak2 je)
6. Tepung jagung (satu bancuh dengan air untuk bagi kuah pekat sikit, satu lagi nak buat goreng ayam** sebab time ni tepung goreng ayam xde.. hahah)
6. Garam (secukup rasa)
7. Serbuk perasa (kalau nak)
8. Telur (satu biji dah cukup, nak buat salut ayam dengan tepung jagung je)

Cara-ii :-
1. Salut ayam yang dah dicuci tadi dengan telur lepastu golekkan atas tepung jagung. Ratakan dan goreng garing.
2. Panaskan kuali, masukkan butter kemudian tumis bawang merah dan daun kari sampai naik bau. (nak masukkan cili hidup/padi pon bole)
3. Masukkan setengah tin susu cair dan bancuhan air tepung jagung, kacau.
4. Kacau sehingga sedikit pekat, masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan gaulkan.
5. Masukkan garam dan serbuk perasa (kalau nak) secukup rasa.
6. Siap dan hidangkan.

Khamis, 15 Februari 2018

Bergedil

Bahan-ii :-
1. Kentang (potong2 lah ea,lepastu rebus campur garam sikit dan lenyekkan)
2. Bawang merah (potong dadu)
3. Daun bawang (hiris)
4. Daun sup (hiris)
5. Serbuk kari (bergantung cita rasa)
6. Garam (secukup rasa)
7. Ayam/daging **pastikan ayam atau daging direbus dahulu. (kalau nak masukkan la)
8. Beberapa biji telur

Cara-ii :-
1. Campur kan semua bahan2 kecuali telur dan gaulkan.
2. Bentukkan bergedil cantik-cantik.
3. Pukul telur dan panaskan minyak.
4. Amik bergedil yang telah dibentukkan, celup dalam telur tadi dan goreng garing.
5. Siap dan hidangkan. 

Rabu, 7 Februari 2018

Ayam Masak Lemak Cili Padi

Hai dear readers, comes with new delicious recipe.. OK first, Ika just masak hari sabtu & ahad.. So jangan hari-hari dok pm bagai tanya harini masak apa 😂😂 tapi kalau ika xberapa sihat.. Ika xmasak, kadang-2 tu gagahkan diri jugak.. 🤒

Oke done bebel.. Let's start with the recipe..

Bahan2 :-
1. Ayam (dah siap siang bersih2)
2. Asam keping (bergantung cita rasa Korang)
3. 8 batang cili padi (bergantung cita rasa korang, kalau nak pedas lebihkan) (yang ni blender eh)
4. 3 biji kentang (dah siap potong)
5. Air (Air paip boleh, Air masak pon boleh)
6. Kuah masak lemak Brahim's (yang ni ikut lah, kalau nak yang ori pakai kunyit hidup tapi haritu kat peti ais takda kunyit hidup haihh 😅)
7. 1 kotak santan (nak pakai santan perah pon boleh)
8. Garam
9. Serbuk perasa (kalau nak)

Cara2 :-
1. Panaskan minyak dan masukkan cili padi yang dah siap di blender, tumis sampai garing.
2. Lepas dah garing boleh masukkan ayam yang dah siap potong dan dibasuh bersih. Gaulkan.(biasa basuh ayam guna garam kasar)
3. Masukkan kuah masak lemak brahim's,  santan, air (Ikut banyak mana nak), Kentang dan asam keping. Kacau.
4. Perasakan dengan garam dan serbuk perasa secukup rasa.
5. Tunggu kentang empuk dan ayam masak. Dan boleh tutup api dapur.
6. Siap dan hidangkan.

Kuah masak lemak brahim's tu cenggini 👆👆
Boleh cari dekat pasaraya..

Ahad, 4 Februari 2018

Pak choy


Hai,
Dekat ofis pon boleh tulis resepi..  😂😂
Kalau perasan dekat resepi Ika biasanya Ika akan letak "bergantung" lah nak banyak mana..  Sebab apa? Ikut cita rasa korang la.. Memasak ni seronok sebab korang boleh main campak-ii je then jadi satu masakan janji bahan asas tu betul.. Xcaya cer la try 🤗🤗


Bahan-ii :-
1. Sayur pak choy/kobis cina (cuci bersih)
2. Bawang putih (Hiris)
3. Kicap manis (bergantung pada cita rasa nak letak banyak mana)
3. Sos tiram (bergantung pada cita rasa nak letak banyak mana)
4. Bancuhan tepung jagung (untuk pekatkan kuah)
5. Cili hidup merah (hiris)
6. Garam (secukup rasa)
7. Serbuk perasa (kalau nak)

Cara-ii :
1. Rebuskan sayur pak choy dengan air garam seketika, angkat, toskan dan susun atas pinggan.
2. Tumis bawang putih sehingga naik bau,masukkan cili hidup merah,sos tiram dan kicap.
3. Masukkan bancuhan tepung jagung dan sedikit air (ikut lah nak banyak mana, kalau nak berkuah tambah air lebih sikit)
4. Kacau sehingga sedikit pekat kemudian tambah garam dan serbuk perasa secukup rasa.
5. Setelah pekat, tuang atas sayur pak choy yang disusun tadi.
6. Siap dan hidangkan.

Kailan goreng belacan


Bahan-ii :-
1. Sayur kailan (potong, cuci dan toskan)
2. **1biji Bawang merah
3. **Belacan (bergantung nak banyak mana)
4. **Udang kering (rendam sekejap)
5. Bawang putih (hiris je)
6. Cili hidup merah (kalau nak) (hiris je)
7. Garam (Secukup rasa)
8. Serbuk perasa (kalau nak)

Cara-ii :-
1. Tumbuk kasar bahan ** (Bawang merah, Udang kering & belacan)
2. Tumis bawang putih, cili hidup & bahan tumbuk kasar sehingga naik bau.
3. Masukkan sayur kailan dan gaulkan (boleh masukkan air sikit, letak dekat dalam batu lesung yang digunakan tadi)
4. Masukkan garam,serbuk perasa secukup rasa dan biarkan mendidih seketika.
5. Siap dan hidangkan. 

Ayam Goreng Berlada

First time tulis resepi, harap paham lah ea 😂😂

Bahan-ii :-
1. Ayam (Gaul dengan kunyit dan garam)
2. **6 Batang cili hidup merah/hijau (bergantung lah nak berapa banyak pon)
3. Air asam jawa (guna air masak jangan guna air paip)
4. Tomato (potong dadu)
5. **Bawang merah (separuh blend, separuh buat tumis)
6. **Bawang putih (separuh blend, separuh buat tumis)
7. Garam (secukup rasa)
8. Serbuk perasa (kalau nak)

Cara-ii :-
1. Goreng ayam 3/4 masak.
2. Blend bahan ** (cili hidup, bawang merah, bawang putih).
3. Tumis bawang merah,bawang putih, tomato & bahan blend tadi guna minyak ayam tadi (kalau banyak kurangkan minyak).
4. Lepas dah garing, masukkan air asam jawa (biarkan sampai kering sikit)
5. Masukkan ayam goreng tadi dan gaulkan.
6. Perasakan dengan garam dan serbuk perasa secukup rasa.
7. Siap dan hidangkan.